Saturday, 30 April 2016

Life O' Little Child



Uh little child;
Giggle and smile
Wrinkle and die
Venture into the wild
Or sleep for a while.

Days in school
Learn how to bend tools
Choose to be cool
Or stay in forever fool

Dance with rhapsody
Like Bohemian or Hippies
Waltz in sanity
Or dream in reality.

Minds have aged 
Soul have mazed
Brutality and savage
Walk in rage
Spits tragedy onto face.

Wish to be Peter Pan
Dreaming to be Alice in Wonderland 
Superheroes of Superman or Spiderman or Batman.
But in the end
You be your own man, friend.

Lost Faith



Malice;
Kills sympathy
Cherishes agony
Banishes humanity
Vomit apology.

Men;
Where's responsibility
Love with quality
When the reality
Spits tragedy.



Tuesday, 5 January 2016

Menanti Subuh

Ayah. Aku tau kau susah. Penat bersawah. Mencari nafkah. Untuk ibu di rumah. Untuk kami ke sekolah. Atas lapangnya tanah. Kau tanam sayur dan buah. Kadang-kadang kau menoreh getah. Keringat kau kerah. Tak sekalipun kau lemah. Tak juga kau kelihatan lelah. Namun, di pagi Jumaat yang cerah. Setelah solat berjemaah. Kau rebah. Aku tatap matamu, Ayah. Kau pesan, "Jangan sekali kau lupa Allah". Setelah kau ucapkan shahadah. Tangan kau genggam payah. Aku menangis tak sudah. Lidahku basah. Mohon tabah.

Ibu. Sungguh aku rindu. Pada manisnya senyummu. Pada wajahmu berlumpur abu. Bila kau nyalakan dapur kayu. Dan juga aku rindu. Pada rotan kayu. Saat kami berlari di bawah atap kelabu. Di atas tikar mengkuang berbulu. Kau marah tak setuju. Aku juga rindu pada lembut belaimu. Di saat malam bertamu. Kau tidurkan kami dengan syair dan gurindam syahdu. Ceritera indah zaman dulu. Namun, di suatu Subuh. Kau pejam rapat matamu. Aku buntu. Tak tahu apa yang berlaku. Dengan redup matamu. Kau bilang, "Doakan, Ibu. Ibu di penghujung waktu". Dan di hujung katil itu. Kau tinggalkan kami meratap sayu.

Aku cuma bertiga kini. Hadapi dunia dalam sepi. Berlari ke kanan dan kiri. Dalam derita dan bahagia yang tiada bertepi. Kakak bangun awal pagi. Adik merengek tak mahu gosok gigi. Sebab katanya sejuk mandi di perigi. Bila balik sekolah tengahari. Kakak ambil upah mencuci. Untuk suapkan kami. Kesian aku tengok kakak berusaha sendiri. Ya, kakak memang baik hati. Dan adik aku tahu dia sunyi. Kadang-kadang aku ajak dia main tali. Takpun, main guli. Lari dalam guni. Memang dia sunyi. Berlari ke sana ke mari. Ke pondok kecil tepi sawah padi. Takpun ke sungai menyendiri. Adik kecil lagi. Masih sukar mengerti.

Namun, di suatu pagi. Aku tak mampu lagi berdiri. Aku diuji. Dalam hujan lebat menggetarkan sendi. Kakak dan adik pergi tak kembali. Meniti di curaman tinggi. Tergelincir saat pulang berjalan kaki. Aku hanya mampu menanti, menanti dan terus menanti. Di balik jendela hati.

Ku tatap gambar itu. Wajah Ayah dan Ibu. Senyuman kakak, adik dan aku. Jauh di sudut hati yang sendu. Aku hanya mampu khabarkan rindu. Bisikkan doa tanda cinta tak terbatas waktu. Pintaku. Semoga di syurga kita bertemu. Di balik pintu itu. Aku kan menunggu. Menunggu dan tetapkan menunggu...

Friday, 14 March 2014

Ceritera Sunnah



Berbicara tentang sunnah. 
Jangan kau fikir susah. 
Jangan kau rasa payah. 
Jangan kau ambil mudah.

Makan dalam talam tapi bukan tengah malam
Ha, jangan lupa tangan kanan
Lepas tu jilat jari tak perlu rasa geli
Eh, nak minum tunggu dulu
Duduk, cover la malu tu.

Berbicara pasal kiblat
Jangan rigid fikir solat
Belajar pun boleh mengadap kiblat. 
Lagi gua nak pesan sangat
Banyakkan amalan sunat
Berselawat ke atas Nabi Muhammad
Even Allah pun berselawat apa lagi malaikat
Tau tak, pahalanya sepuluh kali lipat.

Mula pelajaran dengan basmalah, nama Allah
Oh, lupa nak tambah
Solat jemaah
Surau masjid jangan biar kosong
Nanti, tok imam melopong and tok bilal termenung
Dah takda makmum
So, ajakla sekampung.

Lagi...
Ha, pakai seluar atas buku lali
Orang kata ini trend terkini
Tapi apa kita tau ini sunnah nabi? 
Tapi, janganla pakai skinny
Ha, kau lelaki!
Suka simpan janggut?
Itu sunnah kot
Janganla dipersenda macam kambing ragut rumput
Ataupun kau kutuk 
Wajahmu persis Tok Janggut
Apa Tok Janggut kau punya datuk?
Tak elok
So, jom la sunnah kita ikut
Walaupun just nak makan sekeping biskut
Sekian, terima kasih bunga kembang semangkuk.



Kisah Back to Sunnah




BACK TO SUNNAH

Ini ada satu kisah
Rasulullah
Baginda tak pernah lelah
Bersusah payah 
Demi Allah 
Meruntuhkan jahiliyah
Memperkukuh tarbiyah
Mengutuhkan akidah
Menyebarkan dakwah
Menyatukan ummah
Dari sekecil-kecil sedekah 
Sehinggalah ke sebesar-besar amanah.

Sahabat!
Kau kata kau cinta
Cinta akan dia
Apa buktinya?
Harta benda
Pangkat dan nama
Berjuta cumbu mesra wanita
Beribu pujuk rayu sang jejaka
Dosa seisi dunia
Atau bangga dengan pahala
Yang tak seberapa mana
Itu semua dusta. Dusta semata
Sandiwara sang penglipurlara
Stopla berdrama swasta.

Jika kau fikir begitu
Dunia mengangguk setuju
Syaitan berdekah sebatu
Agama jauh darimu
Akhirat menggeleng tidak sebulu
So, what should I do?
Come on lah
Back to Sunnah
Kata nak ke Jannah
Bersama Rasulullah
Namun apa kau berselawat sudah?
Apa kau mengikuti sunnah?
Fikirlah.




Wednesday, 1 January 2014

Drama Dunia Swasta

Belakang dosa. Depan pahala. Takkan aku nak jadi pak pacak? Goyang kaki. Hisap jari. Kuku digigit. Aku pon nak join lari. Lari berganti-ganti? Selfy? Suka hati. Mungkin aku tak sempurna. Cacat katanya. Mungkin aku tak laju. Mungkin jugak aku jatuh. Mungkin nanti aku terseliuh. Tapi takpa. At least aku nak lari dan aku harap Allah nampak. Ala, aku slowpoke. Wush, dia berlari. Aku naik motor cabok. Perh, dia naik Ferrari. Tapi, kami sama. Niat. Cuma yang beza. Iman dan taqwa. Aku kejar pahala. Dia pon kejar pahala. Mungkin journey kami beza. Aku jatuh lubang. Dia masuk longkang. Aku basah kuyup. Dia mungkin tengah redup. Aku nampak matahari. Dia nampak pelangi. Rilek itulah hidup.

Malam kelat. Hitam pekat. Hujan lebat. Ada kilat. Tayar pancat. Aku lambat. Macam ulat. Rasa penat. Muka penat. Budak Ferrari. Fuh! Dia berlari. Kanan kiri. Motor cabok? Ala, dah lapok. Aku naik mabok. Serabot perot. Stop aku sebut! Rasa dah nak meletop. Hidup macam denai hutan. Bukan taman permainan. Ada banyak buaian. Ada jugak lampu jalan. Bukan jugak Litar Sepang. Tak banyak simpang. Ini ujian. Dia jauh kat depan. Aku ketinggalan. Biarkan. Survey amalan. Topup iman. Aku berjalan. But who knows aku yang Allah nilai kan? Perasan.

Mata aku pejam. Biar sampai lebam. Impian syurga aku tanam. Dalam-dalam. Karat jahiliyah aku padam. Perbaiki masa silam. Cuba solat malam. Al-Quran kena khatam. Ilmu mesti hadam. Puasa jangan pitam. Title  Hajah aku genggam. So, aku tak karam. Sesat tengah malam. Baru boleh beli Ducati. Bila pahala berkati-kati. Takpon Ferrari. Bila pahala terlebih jari. Plan kena teratur. Pakai kalkulator. Darab bahagi tolak campur. Baru boleh melabur. Hope pahala aku subur. Aku tak stuck dalam lumpur. Dosa berlumur. Ampunkan aku Ya Ghaffur.

Motor cabok? Dah berabok. Aku campak masuk lubok. Pakai motor baru. Ducati aku sapu. Fuh! Laju. Tercabut kuku. Gugur jantung. Dia melopong. Aku rasa sombong. Alamak, lombong! Motor melambung. Terus rentung. Aku melolong. Mintak tolong. Ujian ni berat. Aku dah kufur nikmat. Ingat aku selamat. Lastnya, tersesat. Sombong sangat. Aku tak larat. Nafas tersekat. Mana semangat? Hati dah berkarat. Dengan Allah aku dekat.

Hidup kat dunia. Macam drama swasta. Aku berdansa. Dia berdrama. Sapa penglipur lara? Masing-masing punya cerita. Mungkin sama. Mungkin beza. Tak payah metafora. Apa lagi hiperbola. Bikin serabut bulu mata. Stop bersastera. Hidup berkonsepkan matematika. Macam mana? Ada logaritma. Tambah tolak darab bahagi suma. Bayangla. Hari ni iman tersangkut. Fuh! Aku baik kot. Nak mencarot? Huish, takot! Tak patut tak patut. Nama Allah selalu sebut. Tapi, besok lusa iman mungkin ke laut. Alamak, iman letak kat lutut. Tengokla kat mana berpaut. Ini bukan kisah mengarut. Kalau boleh takmau sekadar pak turut. Ilmu dituntut. Tapi amal melarut. Itu dah ganyut. Cakap pon melalut. Takkan nak tunggu maut? Datang menjemput? Boleh fikit kot. So, hati kena lembut. Biar redha Allah kita sambut.  

Time iman bertambah. Dosa campak ke lembah. Ala, lembah mana-manalah. Pastu iman berkurang balik. Time tu dunia tunggang terbalik. Dosa pon nampak cantik. Nilai pahala kecik. Macam ayam katik. Sana sini tergedik-gedik. Memang iman tengah lembik. Fasik. Jangan sampai munafik. Apa lagi syirik. Bila nak imarah masjid? Beringatlah sikit. Hidup kat dunia. Tak lama. Ubahla stigma. Jugak paradigma. Takyahla asyik bercengkerama. Double lagi berpesta. Clubbing sini sana. Awek bergetah depan mata. Mamat jambu nampak lawa. Kejar duit berganda. Tau nak kaya. Bila tanya, untuk aset akhirat ka? Takla, ofkosla dunia. Oh, ingatkan nak kasi kat orang tak upaya. Mana dosa? Mana pahala? Ada kenal doa? Allah campak mana?

Astaghfirullah. Muhasabah. Cari reasons munasabah. Besar dah. Pertama punya langkah. Bentang sejadah. Then, sedarlah. Rasa bersalah datang menjengah. Nak nanges pon kena khusyuk. Oh wudhuk? Takkan saja-saja nak duduk? Dosa dahla berkepok-kepok. Kitab pahala kompem berhabok. Takkan nak kena ketok? Takkan nak tunggu besok? So, amikla air sembahyang. Sembahyang. Cari port bila ada peluang. Masa senggang. Belakang tiang? Boleh jugak sorang-sorang. Tak dikacau orang. Nak bersembang. Dengan aku punya tok yang? Ish, mintak simpang. Kompemla Allah Yang Maha Penyayang. Hope aku boleh jadi pejuang. Nafsu aku tentang. Karat jahiliyah aku buang. Korek lubang. Campak ke longkang. Boleh hidup senang. Hati pon tenang. Bila lagi kalau bukan sekarang!

 

Ragam Makan Garam

Itulah manusia. Selalu nak kaya. Takmau merana. Nak hidup selesa. Kat mana-mana. Celah benua. Alam buana. Hutan belantara. Takdak hal la kalau usaha. Jangan salah pilih cara. Macam takda agama. Ada jugak nak enjoy ja keja. Duit poket mak bapak taja. Makan pakai tak bayar sewa. Tak payah pening kepala. Pagi petang berjimba-jimba. Berkapel merata-rata. Dah tak tau isi dunia. Akhirat tinggal berela-ela. Bukan tau berlumba-lumba. Nak kutip pahala. Macam dunia aku punya. Aku punya suka. Dosa takyah kira. Macam dah biasa.

Ini lagi satu spesis perangai. Cakap pandai. Berlagak macam kiyai. Tapi buat keja cincai. Dungu belom sampai tahap keldai. Barang branded nak pakai. Cap ayam katanya cikai. Tapi hutang pon tak pernah langsai. Kadang, hak orang pon nak tibai. Itulah dulu mimpi tinggi melangit nak gapai. Tak fikir nak boleh capai. Aku melangut tengok mimpi dia pon boleh buat medulla oblongata aku bersepai. Apa kena ni bhai? Belom berjuang dah longlai. Bila tanya, oh why? Usaha aku dah basi, lunyai. Bijakla sikit macam Si Luncai. Janganla lalai. Ada peluang, tibai. Biar usaha kita Allah nilai.

Bila sebut pasal aurat. Terbayang baju ketat. Seluar sendat. Kain tudung singkat. Nak bernafas pon padat. Aliran darah tersekat. Saluran usus pon boleh tersumbat. Hati dah berkarat. Nak solat pon liat. Asyik-asyik menggeliat. Syaitan datang dekat. Lelaki masuk rapat. Dah nama buaya darat. Muka manis senyum tak kelat. Lidah dah tak pelat. Cantek ja susun ayat. Nak mengorat. Katanya kumbang memikat. Puiih! Aku bukan nak kutuk rapat. Elakla ikhtilat. Jangan berkhalwat. Hidup kat dunia singkat. Dah hujung nyawa lagi tenat. Bila pahala nak melekat? Kalau dosa asyik menghambat. Dah muka macam lepat. Ditimpa ujian melarat. Mula rasa penat. Bila dah tak larat. Mulalah salahkan Allah punya kudrat. Persoalkan Dia punya zat.

Ada tu type type alim. Mengamalkan gaya hidup muslim. Nak start buat keja, Bismillahirrahmanirrahim. Tak pernah buat zalim. Bagi sedekah tak pernah claim. Kapel tak pernah fikir. Nak bercinta lepas kahwin.  Alhamdulillah. Memang muslim sejatilah. Orang dreaming nak jejak Korea. Dia pasang angan nak ke Mekah. Buat umrah. Buat amal baik beristiqamah. Pahala bertambah-tambah. Dosa letak sebelah. Tak ambik kisah. Tujuan dia nak ke Jannah. Tapi yang jadi masalah. Kadang-kadang bajet diri tu mulia. Tapi tak semuala. Anggap suma orang tak kena. Perlu ka nak menghukum segala? Mungkin hari ni tak buat dosa. Hati terjaga. Besok lusa? Belom tentu juga. Hidup ni macam roda. Jangan selalu mendabik dada. Dengan amalan yang tak seberapa. Tak semua orang tak sempurna. Allah tu Maha Kaya. Dia punya kuasa. Hanya Dia yang boleh menghakimi kita. Dosa pahala. Syurga neraka. Apa tindakan kita?