Saturday, 30 April 2016

Life O' Little Child



Uh little child;
Giggle and smile
Wrinkle and die
Venture into the wild
Or sleep for a while.

Days in school
Learn how to bend tools
Choose to be cool
Or stay in forever fool

Dance with rhapsody
Like Bohemian or Hippies
Waltz in sanity
Or dream in reality.

Minds have aged 
Soul have mazed
Brutality and savage
Walk in rage
Spits tragedy onto face.

Wish to be Peter Pan
Dreaming to be Alice in Wonderland 
Superheroes of Superman or Spiderman or Batman.
But in the end
You be your own man, friend.

Lost Faith



Malice;
Kills sympathy
Cherishes agony
Banishes humanity
Vomit apology.

Men;
Where's responsibility
Love with quality
When the reality
Spits tragedy.



Tuesday, 5 January 2016

Menanti Subuh

Ayah. Aku tau kau susah. Penat bersawah. Mencari nafkah. Untuk ibu di rumah. Untuk kami ke sekolah. Atas lapangnya tanah. Kau tanam sayur dan buah. Kadang-kadang kau menoreh getah. Keringat kau kerah. Tak sekalipun kau lemah. Tak juga kau kelihatan lelah. Namun, di pagi Jumaat yang cerah. Setelah solat berjemaah. Kau rebah. Aku tatap matamu, Ayah. Kau pesan, "Jangan sekali kau lupa Allah". Setelah kau ucapkan shahadah. Tangan kau genggam payah. Aku menangis tak sudah. Lidahku basah. Mohon tabah.

Ibu. Sungguh aku rindu. Pada manisnya senyummu. Pada wajahmu berlumpur abu. Bila kau nyalakan dapur kayu. Dan juga aku rindu. Pada rotan kayu. Saat kami berlari di bawah atap kelabu. Di atas tikar mengkuang berbulu. Kau marah tak setuju. Aku juga rindu pada lembut belaimu. Di saat malam bertamu. Kau tidurkan kami dengan syair dan gurindam syahdu. Ceritera indah zaman dulu. Namun, di suatu Subuh. Kau pejam rapat matamu. Aku buntu. Tak tahu apa yang berlaku. Dengan redup matamu. Kau bilang, "Doakan, Ibu. Ibu di penghujung waktu". Dan di hujung katil itu. Kau tinggalkan kami meratap sayu.

Aku cuma bertiga kini. Hadapi dunia dalam sepi. Berlari ke kanan dan kiri. Dalam derita dan bahagia yang tiada bertepi. Kakak bangun awal pagi. Adik merengek tak mahu gosok gigi. Sebab katanya sejuk mandi di perigi. Bila balik sekolah tengahari. Kakak ambil upah mencuci. Untuk suapkan kami. Kesian aku tengok kakak berusaha sendiri. Ya, kakak memang baik hati. Dan adik aku tahu dia sunyi. Kadang-kadang aku ajak dia main tali. Takpun, main guli. Lari dalam guni. Memang dia sunyi. Berlari ke sana ke mari. Ke pondok kecil tepi sawah padi. Takpun ke sungai menyendiri. Adik kecil lagi. Masih sukar mengerti.

Namun, di suatu pagi. Aku tak mampu lagi berdiri. Aku diuji. Dalam hujan lebat menggetarkan sendi. Kakak dan adik pergi tak kembali. Meniti di curaman tinggi. Tergelincir saat pulang berjalan kaki. Aku hanya mampu menanti, menanti dan terus menanti. Di balik jendela hati.

Ku tatap gambar itu. Wajah Ayah dan Ibu. Senyuman kakak, adik dan aku. Jauh di sudut hati yang sendu. Aku hanya mampu khabarkan rindu. Bisikkan doa tanda cinta tak terbatas waktu. Pintaku. Semoga di syurga kita bertemu. Di balik pintu itu. Aku kan menunggu. Menunggu dan tetapkan menunggu...